|
Post by kapitan on Dec 31, 2008 9:34:16 GMT 9
Latest poll
Kuda - Option 2 Bibi - Option 2 Normi - Option 3 Ipah - Option 2 Zali - ? Azmi - ? Kutal - ? Azwan - ? Kamal - ? Zaitol - ? Bump - Option 2 Sohail - ?
|
|
|
Post by termite on Dec 31, 2008 16:51:47 GMT 9
Aku option 2. Tp macam mana pun aku still kena tdo chalet sb bawak mak buyung
|
|
|
Post by termite on Dec 31, 2008 17:01:04 GMT 9
tp aku gerak awal dr korang kot.. fr previous experience aku berjalan time CNY ni yg x best ny cume highway jam.. thn lepas aku kena jam dr sungai buluh sampai teluk intan ny exit .. macam haram.. rasa cam nk patah balik jek.. soo lebih baik gerak tgh malam atau awal pagi.. lg pun ade discount beb utk tol after 12.00 am
|
|
|
Post by kapitan on Jan 2, 2009 20:08:51 GMT 9
pergh...btul gak takut jammed giler...mungkin kita bertolak sabtu tghri kot...pasal target nak sampai cameron mlm ahad....
|
|
|
Post by kapitan on Jan 2, 2009 20:10:11 GMT 9
Mite...ko bleh arrange tak ari sabtu mlm kita bikin meeting...kat Kulai...
cuba dptkan feedback member2 yg lain.....
|
|
|
Post by KuDe on Jan 3, 2009 10:27:45 GMT 9
EEmmm.... betul gak tue.... kena ingat mase tue ari raye cine... mesti ramai org balik kampung + g bcuti.... kemungkinan besar jam tue mmg ade... huhuhuhuhu... menangis beb kat haiway nnt...
|
|
|
Post by kapitan on Jan 3, 2009 12:41:51 GMT 9
ahad nie kita discuss kat umah ako..amacam..lepas layan CD Irau...nnt ako ajak budak LaT skali...
|
|
|
Post by kapitan on Jan 6, 2009 11:00:37 GMT 9
Latest condition...pada yg semi confirm please updates ASAP.
1 Faisal Confirm 2 Sohail Confirm 3 Zalifah Confirm 4 Bibi Semi confirm 5 Azmi Confirm 6 BoB Confirm 7 Kuda Semi confirm 8 Kutal Semi confirm Bump cancel Azwan cancel 9 Zaitol Confirm Razali cancel 10 cha'ah Semi confirm 11 Shuk aka GM Semi confirm 12 Christian Semi confirm 13 Zaitol 2 Confirm 14 Syila Confirm 15 Ayu Azmi Confirm 16 June Semi confirm 17 Kamal Semi confirm
|
|
|
Post by KuDe on Jan 6, 2009 12:31:26 GMT 9
bro... aku bg tau final result kat ko nnt... skrg ade masalah sikit...
|
|
|
Post by kapitan on Jan 6, 2009 14:03:16 GMT 9
Gunung Irau - Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang Starting Point Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas. Trail Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.
Puncak G. Irau Anak Irau Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang. Puncak G. Irau 3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
Puncak G. Brinchang Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara tinjau didirikan disini membolehkan pengunjung melihat panorama sekitar serta Banjaran Titiwangsa.
Kemaskini:
Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi pemfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya.
Nyaman suasana d**elilingi pokok-pokok berlumut. Hutan di Gunung Irau merupakan salah satu yang paling unik. Ia penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Sekiranya anda berhenti berehat seketika, besar kemungkinan boleh terlihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar dari paras bahu hingga ke kepala. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang serdiri di dalam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings.
Trek mendaki Gunung Irau bermula dari tempat parking kereta di puncak Gunung Brinchang. Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang paling tinggi di Malaysia. Trek Gunung Irau agak tersembunyi, ia berada di atas sebuah dinding tanah betul betul di belakang tempat parling kereta Gunung Brinchang. Keadaan trek amat berlumpur disebabkan ia kerap digunakan pendaki. Trek adalah jelas kelihatan dan ditanda dengan ikatan tali serta papan tanda dan batu pembahagi sempadan negeri. Walau bagaimanapun, adalah dinasihati untuk melaporkan diri/kumpulan pendaki anda kepada Balai Polis Brinchang sebelum mula mendaki, supaya sekiranya berlaku apa apa kemalangan, bantuan dapat disegerakan.
Trek berlumpur Keadaan pendakian trek Gunung Irau boleh dikatakan sederhana kesusahannya. Tidak terdapat banyak pendakian dan penurunan yang curam. Ini disebabkan tempat permulaan pendakian (Gunung Brinchang) terletak di paras yang tinggi iaitu kira kira 1600 meter. Trek Gunung Irau agak licin dan lazimnya anda akan melintas diatas akar akar pokok atau merangkak dibawahnya. Kira kira 2/3 jarak perjalanan, anda akan sampai ke satu tempat yang rata. Tempat ini dinamakan Anak Irau dan merupakan camp site sekiranya ahli kumpulan anda besar (melebihi 20 orang). Dari Anak Irau, anda boleh melihat menara komunikasi di Gunung Brinchang dan juga puncak Gunung Irau. Perjalanan dari sini ke puncak Gunung Irau adalah kira kira 2 jam.
Puncak Gunung Irau tidaklah amat besar dan hanya boleh memuatkan kira kira 5 khemah. 3/4 kawasan puncak diliputi pokok yang ketinggian kira kira 2 meter. Permandangan di puncak amat menarik dimana anda boleh melihat gunung ganang yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Jalan raya merentasi banjaran, yang menyambungkan Blue Valley (Cameron Highland) dengan Simpang Pulai (Ipoh) jelas kelihatan. Suhu dipuncak boleh mencapai bawah 10 darjah celcius pada waktu malam.
Akhir kata, Gunung Irau sesuai dijadikan destinasi pendakian kepada mereka yang gian mendaki tetapi tidak mempunyai banyak masa lapang. Ia juga sesuai dijadikan "day trek" pada hujung minggu kepada sesiapa yang melancong ke Cameron Highland. Kepada yang gemar berkhemah, anda bolehlah menetap semalaman di puncak Gunung Irau dan merasai cuaca yang sejuk dan permandangan yang menarik.
ps: Satu tips yang berguna. Untuk sepanjang trip ini, gunakanlah stoking yang murah murah (yang jenis jual kat pasar malam cukup, tak yah pakai Adidas atau Nike yang ori) je. Lepas trip, guarantee stoking tu penuh dengan lumpur. Tak yah susah susah nak bawa balik cuci, terus buang saja.
|
|
qtal
Ahli Setia
Moderator
Posts: 191
|
Post by qtal on Jan 6, 2009 18:13:26 GMT 9
next week aku dapat schedule utk project development plan.. mintak2 seagate shutdown time ni.. so next week aku confirmkan..
|
|
|
Post by kapitan on Jan 6, 2009 18:58:19 GMT 9
Bro...nk kena bgtau awal2...mungkin ada perubahan dari segi perancangan....
|
|
|
Post by termite on Jan 7, 2009 17:51:06 GMT 9
Kapitan, korang dh meeting x mlm sabtu lepas?
|
|
|
Post by kapitan on Jan 7, 2009 18:08:57 GMT 9
ada gak..tapi rasanya ada sket perubahan...final confirmation this week....
|
|
qtal
Ahli Setia
Moderator
Posts: 191
|
Post by qtal on Jan 8, 2009 8:34:54 GMT 9
kalo ada aper2 changes bgtau la.. nnti dak2 ni leh prepare awal..
|
|