|
Post by kapitan on Mar 8, 2009 17:13:34 GMT 9
Mamat nie salah seorang ahli gunung yg aktif jugak. Dah 18 hari dia hilang aka sesat. Buat masa nie SAR tgh dok cari. Ada jugak rakan gunung yg tolong SAR. Kita doakan mamat nie known as asan di jumpai dlm keadaan selamat. Amin.
Peserta ekspedisi daki Gunung Yong Yap hilang
GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.
sumber = Harian Metro
|
|
|
Post by kapitan on Mar 8, 2009 17:18:04 GMT 9
latest info...
Setempat Henti operasi cari kerani hilang
GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat kerani RHB Bank cawangan Bangi Selangor, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, yang hilang di Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke, 21 hari lalu, dihentikan semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan berkata, operasi itu dihentikan selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, semalam.
“Hari ini masuk tiga minggu kehilangan mangsa dan pihak kita menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan supaya menghentikan operasi mencari dan menyelamat.
“Sehingga operasi terakhir yang dijalankan semalam juga, tiada perkembangan atau petanda terbaru yang kami terima untuk membantu polis membawa kepada penemuan mangsa, menyebabkan operasi terpaksa dihentikan,” katanya kepada di sini semalam.
Beliau berkata, anggota penyelamat yang lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menghentikan operasi berkenaan.
“Selain polis, semua anggota keselamatan yang lain seperti anggota JPAM dan Bomba turut menghentikan operasi masing-masing kecuali beberapa pendaki yang juga rakan mangsa dilihat masih meneruskan pencarian,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, jika ada petanda terbaru yang boleh memberi panduan untuk penemuan mangsa selain menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan untuk meneruskan pencarian, pihaknya akan menjalankan kembali operasi mencari dan menyelamat.
Pada 15 Februari lalu, Mohamed Hassan Ayat yang menyertai ekspedisi mendaki gunung berkenaan bersama 13 rakan lain dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang selepas menuruni gunung.
Perkara itu disedari rakannya sebaik tiba di Kem Agas untuk berhenti rehat dan mereka awal-awal lagi menjalankan gerakan mencari mangsa, namun gagal.
Kumpulan pendaki dari Kuala Lumpur itu menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap terletak berhampiran sempadan Perak itu bermula 10 pagi pada 14 Februari lalu dan sebaik sampai ke puncak pada jam 11.30 pagi keesokan hari mereka terus bertolak turun jam 12.10 tengah hari.
Sementara itu, ibu mangsa, Norhayati Abd Razak, 56, berkata meskipun operasi dihentikan, beliau masih berharap ada petanda terbaru ditemui pendaki yang masih meneruskan usaha mencari anaknya.
“Saya sentiasa berdoa dan sangat berharap anak saya akan ditemui tidak lama lagi,” katanya. — Bernama
|
|
|
Post by KuDe on Mar 9, 2009 11:22:00 GMT 9
ish..ish.. ish... kecian nye.... lame tue 3 minggu dlm hutan... pehh.... ape lah perasaan mamat tue kan...
|
|
|
Post by kapitan on Mar 9, 2009 11:44:58 GMT 9
Buat masa nie..gerakan mencari oleh SAR telah dihentikan sehingga mereka menemui petanda baru...walaubagaimanapun, rakan gunung tetap meneruskan xpdc mencari. sama-sama ler kita doakan agar beliau segera di jumpai. amin.
|
|
|
Post by KuDe on Mar 9, 2009 12:59:24 GMT 9
eemm... same same kite doa kan... semoga mangsa cepat di jumpai... harap.2.. jgn ade ahli pencari yg jatuh dlm longkang or yg seangkatan ngan longkang lak nnt.... tue lg kecian....
|
|
normi
Ahli Setia
Posts: 189
|
Post by normi on Mar 9, 2009 21:17:16 GMT 9
sapa lagi pendaki2 gunung yg join trip ni..ada yg d**enali tak???
|
|
|
Post by butterfly on Mar 10, 2009 0:41:29 GMT 9
huyoo.. dah ar tgh musim hujan ni.. dangerousnyer.. erm.. hope that guy still ok.. tp mesti dah lemah kan bro.. erm...
|
|
|
Post by KuDe on Mar 10, 2009 11:18:31 GMT 9
susah nk cakap benda nie semua... kalo aku kat tempat dia... aduhhhh.... same2 kite doa kan mamat tue selamat...
|
|
|
Post by kapitan on Mar 10, 2009 15:39:35 GMT 9
latest info
sumber dari utusan online
|
|
|
Post by KuDe on Mar 10, 2009 15:49:22 GMT 9
sebenar nye ape cite ek... bila kes nie jd mcm nie.... so semua org lepas tangan... so.. kalo dh x jmpe.. mangsa kira arwah ke??? hisshhh...
|
|
normi
Ahli Setia
Posts: 189
|
Post by normi on Mar 10, 2009 21:32:52 GMT 9
....apa nak buat....
|
|
|
Post by butterfly on Mar 11, 2009 1:02:48 GMT 9
polis kate tanggung sendiri.. erm... if that guy tu kaki gunung.. insyallah die leh survive ek.. same2 kite doa dr jauh..
|
|
|
Post by kapitan on Mar 11, 2009 11:51:35 GMT 9
mamat nie agak aktif gak panjat gunung, cuma dia nie ada masalah rabun...jer...
|
|
|
Post by KuDe on Mar 11, 2009 12:47:05 GMT 9
alamak.... rabun la pulak.... harap dpt la jumpe track balik...
|
|
|
Post by bobrider on Mar 13, 2009 22:57:27 GMT 9
harap si asan selamat lor... pergh, dugaan tahap cipan beb... si asan tu dah kena survival tahap cipan... moga tuhan senantiasa di sisi si hassan tu...amin...
|
|